Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penganjuran Bazar Gawai oleh Majlis Perbandaran Sibu di Taman Tasik Permai memberi peluang kepada orang ramai membeli belah persiapan perayaan itu.

Bazar Gawai tingkat ‘mood beraya’

KUCHING, 15 Mei : Penganjuran Bazar Gawai oleh Majlis Perbandaran Sibu di Taman Tasik Permai menambahkan lagi suasana kehangatan perayaan berkenaan pada 1 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Kaunselor Sammy Ngelambai berkata, Bazar Gawai Dayak yang bermula kelmarin hingga 22 Mei depan merupakan bazar pertama diadakan di Sibu.

“Bazar Gawai yang bertemakan Segulai Sejalai ini menempatkan 16 gerai menjual makanan, minuman dan kraftangan.

“Sepanjang beroperasi, masa jualan yang ditetapkan ialah bermula pada pukul 2 petang hingga 10 malam,”katanya.

Suasana bazar gawai di Taman Tasik Permai, Sibu
Suasana bazar gawai di Taman Tasik Permai, Sibu

Orang ramai yang berkunjung ke bazar ini juga berpeluang menikmati pelbagai makanan tradisional masyarakat Dayak.

Sementara itu, Sammy berkata, beliau yakin penganjuran bazar itu akan dapat meningkatkan ‘mood’ sambutan Hari Gawai.

“Bazar ini dianjurkan di lokasi yang menjadi pilihan masyarakat Dayak di Sibu untuk membeli- belah.

“Ia juga dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat yang teruja untuk menyambut perayaan terbesar negeri ini,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan