Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari ulangi pendirian GPS bertanding kesemua kerusi Parlimen di Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 15 Mei : Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengulangi pendirian gabungan itu yang mahu meletakkan calonnya di kesemua 31 kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Sehubungan itu ujar Abang Johari, tidak timbul isu ‘pemberian’ kerusi kepada parti selain empat yang bernaung di bawah panji GPS.

“Mengenai perkara itu apabila tiba masanya kita akan lihat namun yang pasti GPS akan bertanding di 31 kerusi,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat wakil rakyat GPS sebelum Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula Rabu ini di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di sini hari ini.

Sebelum ini, timbul ura -ura bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meminta Abang Johari ‘memberi pertimbangan’ supaya parti itu dibenarkan meletakkan calon di beberapa kerusi Parlimen di Sarawak pada PRU-15 ini.

Abang Johari dalam reaksi sebelum ini menegaskan GPS tidak akan memberi laluan kepada parti dari Semenanjung untuk meletakkan calon pada PRU-15 di Sarawak.

Ketika ini GPS menguasai 18 daripada 31 kerusi kerusi Parlimen di Sarawak.

Pemerhati politik meramalkan berdasarkan sentimen rakyat Sarawak ketika ini, tidak mustahil gabungan empat parti tempatan itu mampu menang sehingga 28 kerusi Parlimen.

Awal hari ini, Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman turut menegaskan GPS mahu bertanding di kesemua kerusi Parlimen di Sarawak.

Asas kepada perkara itu menurut Fazzrudin ialah kerana sekiranya GPS bertanding dan menang di Sarawak, ia akan turut menyumbang kepada kestabilan politik negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan