KUCHING, 15 Mei : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan akan mengumumkan ‘satu perkara baharu’ bagi memantapkan lagi pentadbiran negeri.
Abang Johari berkata, perkara itu akan ‘didedahkan’ sempena Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Selasa depan.
“Apa yang pasti ‘ketek baharu’ ini akan memberi kekuatan kepada Sarawak, tunggu hari Selasa ini,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tiga Tahun Sekali dan Majlis Hari Raya Aidilfitri Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) CawanganTupong Sesi 2022-2025 di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Naib Yang Dipertua Kanan PBB, Dato Sri Fadillah Yusof dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman.
Sementara itu, Abang Johari turut meminta rakyat di negeri ini terus memberikan keyakinan kepada Kerajaan GPS bagi mentadbir negeri ini ke arah pembangunan yang lebih mampan.
” Ini juga sejajar dengan hasrat Kerajaan Sarawak untuk menjadikan negeri ini negeri maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030,”katanya.-TVS