Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 13 individu yang terperangkap dalam kejadian kepala air di Lubuk Ujik, Taman Che Minah Sayang, Maran, hari ini. Foto Bomba.

13 orang terperangkap kepala air di Maran diselamatkan

KUANTAN,15 Mei : Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan 13 individu yang terperangkap dalam kejadian kepala air di Lubuk Ujik, Taman Che Minah Sayang, Maran, hari ini.

Penolong Pe­ngarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.07 petang, sebelum enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Maran digerakan ke lokasi kejadian.

Baca lagi > > > Dua pendaki wanita hilang dalam kejadian tanah runtuh dan kepala air di Gunung Suku

Beliau berkata sejurus tiba, pihaknya mendapati terdapat enam orang dewasa dan tujuh kanak-kanak terdiri daripada dua keluarga dari Muadzam Shah, Rompin terkandas dalam kejadian kepala air itu. 

“Operasi menyelamat dilaksanakan menggunakan peralatan personal flotation devices (PFD) dan tali dengan cara teknik river crossing. Kesemua mereka berjaya diselamatkan dan operasi tamat pada 4.10 petang,” kata Ismail dalam kenyataan hari ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan