Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki kulit putih berusia 18 tahun ditahan selepas dipercayai terlibat kes tembakan di New York. Foto Reuters.

10 terbunuh dalam kejadian tembakan di New York 

ByBernama

WASHINGTON, 15 Mei : Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan tiga lagi cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di pasar raya di bandar Buffalo, New York pada Sabtu, menurut Jabatan Polis Buffalo.

Kejadian berlaku di Tops Markets di Jefferson Avenue, lapor Agensi Anadolu.

Suspek lelaki berkulit putih berusia 18 tahun berjaya ditahan, kata Pesuruhjaya Polis Buffalo Joseph Gramaglia dalam sidang media.

Gramaglia berkata 11 mangsa terdiri mereka yang berkulit hitam, manakala dua lagi berkulit putih.

FBI menyiasat kejadian itu sebagai jenayah ekstremisme ganas bermotifkan perkauman.

Penembak itu lengkap bersenjata serta memakai peralatan taktikal.

“Suspek turut dilengkapi kamera yang menyiarkan segala tindakannya secara langsung,” kata Gramaglia.

Senator New York Chuck Schumer, mengutuk serangan itu serta menzahirkan simpati kepada keluarga mangsa.

“Saya bersedih bagi mangsa dan keluarga mereka. Sifat perkauman tidak mempunyai tempat di negara kita. Saya telah bercakap dengan Datuk Bandar Buffalo dan menawarkan sebarang bantuan yang boleh dihulurkan,” menerusi ciapannya di Twitter. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found