KUCHING, 14 Mei : Malaysia menguasai acara tukul besi Sukan SEA ke-31 di Vietnam apabila menang emas kategori lelaki dan wanita hari ini.
Selepas Grace Wong menghadiahkan emas ke-12 negara, Jackie Wong turut menang acara berkenaan yang berlangsung di Kompleks Sukan Nasional My Dinh.
Jackie, 30, dari Sarikei melakukan lontaran sejauh 66.49 meter untuk mengenepikan saingan sengit wakil Thailand, Kittipong Boonmawan yang melakukan 64.54 meter.
Seorang lagi atlet negara, Sadat Marzuki Ajisan membawa pulang gangsa menerusi catatan 58.86 meter. -TVS