KUCHING, 14 Mei : Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dijadual menghadiri sambutan Hari Wesak Peringkat Sarawak, esok di Kuil Utama Persatuan Buddha Sarawak.
Menurut kenyataan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Jabatan Premier Sarawak, antara program utama yang akan diadakan bersempena sambutan berkenaan ialah kempen derma darah dan upacara memandikan Buddha.
“Sambutan ini dianjurkan dengan kerjasama Sarawak Unit For Other Religions Charitable Trust dan Malaysia Buddhist Association Sarawak Branch (MBASB),” jelas UNIFOR.
Turut dijemput ialah Sarawak Unit For Other Religions Charitable Trust Board of Trustees dan ketua institusi-institusi keagamaan lain.
“Jumlah tetamu jemputan juga dihadkan seramai 200 orang sahaja,” jelas kenyataan itu.
Pada masa sama, UNIFOR berharap sambutan berkenaan dapat memupuk tali persaudaraan dan menerapkan nilai tolak ansur, saling menghormati dalam kepelbagaian kaum dan agama. – TVS