NEW DELHI, 14 Mei : Sekurang-kurangnya 27 orang maut dan ramai lagi cedera dalam satu kebakaran di sebuah bangunan empat tingkat di kawasan Mundka, barat New Delhi semalam.
Menurut polis New Delhi , seramai 50 orang diselamatkan dan lebih 30 anggota bomba dikerahkan untuk mengawal kebakaran.
Punca kebakaran yang bermula di aras satu itu masih belum dapat dipastikan namun seorang pegawai perbandaran mengesyaki ia berpunca akibat litar pintas.Â
Insiden itu dilaporkan berlaku pada pukul 4.40 petang dan operasi pasukan penyelamat diteruskan sehingga malam.
Puluhan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital. – TVS