Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara kawasan yang diramal mengalami ribut petir termasuklah Kuching, Samarahan, Sri Aman, Serian dan Sarikei.

TERKINI : Beberapa kawasan di Sarawak alami ribut petir hingga 8 malam

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 13 Mei : Beberapa kawasan di Sarawak dijangka akan mengalami ribut petir bermula petang ini sehingga pukul 8 malam ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) antara yang kawasan yang terlibat termasuklah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Dalat.

Selain itu amaran yang dikeluarkan turut membabitkan Kapit, Bintulu, Miri, Marudi dan Limbang.

“Amaran ribut petir ini dikeluarkan sehingga pukul 8 malam hari ini,”jelas Met Malaysia hari ini.

Turut dijangka mengalami ribut petir ialah kawasan di pedalaman Sabah termasuk Tawau, Sandakan, Kinabatangan dan Kudat.

Kenyataan sama turut memaklumkan beberapa kawasan di Pahang, Kelantan, Perak dan Kedah turut dijangka mengalami cuaca sama. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found