Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Zhi Yan menang emas acara Taijiaquan pada Sukan Sea Hanoi hari ini.Foto Bernama.

Sukan SEA : Wushu sumbang dua emas

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 13 Mei : Pemburuan emas kontinjen Malaysia pada Sukan Sea ke-31 di Hanoi berterusan apabila skuad wushu menghadiahkan dua emas kepada negara hari ini.

Clement Ting Su Wei memulakan hari emas Malaysia apabila mengungguli acara Changquan lelaki menerusi pungutan mata 9.70 untuk menewaskan wakil Singapura, Lim Jowen yang berpuas hati dengan pingat perak walaupun berkongsi mata sama.

Atlet Indonesia, Seraf Naro Siregar membawa pulang gangsa manakala seorang lagi wakil negara, Yeap Wai Kin terlepas pingat apabila menamatkan acara itu di kedudukan keempat.

Tan Zhi Yan yang turun beraksi dalam acara Taijiquan Lelaki sebentar tadi memastikan penguasaan Malaysia apabila menang emas acara berkenaan.

Zhi Yan menewaskan peserta Filipina, Jones Inso manakala Jun Kai Chan dari Singapura meraih pingat gangsa.

Tambahan dua pingat emas itu menyaksikan Malaysia kini mengumpul 11 emas keseluruhan selepas majlis pembukaan rasmi Sukan Sea ke-31 berlangsung malam tadi.

Malaysia turut meraih empat perak dan enam gangsa bagi menduduki tempat kedua pungutan pingat di kalangan 11 negara yang mengambil bahagian.

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, tuan rumah, Vietnam unggul di tangga teratas selepas mengumpul 15 emas, sembilan perak dan 12 gangsa.

Indonesia mula mengejar apabila menduduki tempat ketiga dengan lima emas, lapan perak dan satu gangsa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan