Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambaran PPTEL DC @ Santubong 1 Foto: PPTEL

Pusat Data Tier 4 pertama di Malaysia dibuka di Santubong

ByNurul Amarlina

KUCHING, 13 Mei : Berikutan siapnya projek kabel dasar laut yang menghubungkan Sarawak dengan Batam, Indonesia, kabel tersebut bakal menghubungkan ke Pusat Data Tier 4 pertama di Malaysia di Santubong, Sarawak.

Perkembangan ini diyakini akan memberi keupayaan diperlukan untuk menyokong transformasi digital di rantau ini.

Kabel yang dikenali sebagai ‘Batam Sarawak Internet Cable System’ (BaSICS) merupakan kabel dasar laut telekomunikasi antarabangsa yang pertama dihasilkan oleh syarikat pengeluar infrastruktur telekomunikasi Sarawak, PP Telecommunication (PPTEL) bersama syarikat kongsinya di Batam, XL Axiata.

“PPTEL SEA-H2X bakal mengubah landskap telekomunikasi Malaysia dari pusat kami di Kuching.

“Kami akan melancarkan Pusat Data Tier 4 pertama pada suku pertama 2022, di Stesen Pendaratan Kabel (CLS) baharu di Santubong,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PPTEL, Jonathan Smith dalam kenyataan media semalam.

Menurut laman web PPTEL, pusat data tersebut akan membantu merealisasikan pembinaan studio televisyen dan perfileman digital, integrasi pejabat, soho, pusat inkubator dan perniagaan dalam talian, hotel, restoran dan pusat membeli-belah bebas cukai di Santubong.

SEA-H2X
South East Asia Hainan-Hong Kong Express Cable System (SEA-H2X),iaitu kabel bawah laut 5,000 kilometer panjang yang menghubungi Hong Kong, Hainan China, Filipina, Thailand, Sarawak dan Singapura, dengan pilihan untuk memperluaskan rangkaian itu ke Vietnam, Kemboja, Semenanjung Malaysia dan Indonesia. Foto: Media Outreach

Selain itu, PPTEL juga mengumumkan projek sistem kabel dasar laut antarabangsa keduanya yang dinamakan South East Asia Hainan-Hong Kong Express Cable System (SEA-H2X), iaitu kabel bawah laut 5,000 kilometer panjang yang menghubungi Hong Kong, Hainan China, Filipina, Thailand, Sarawak dan Singapura, dengan pilihan untuk memperluaskan rangkaian itu ke Vietnam, Kemboja, Semenanjung Malaysia dan Indonesia.

Jelas syarikat itu, SEA-H2X terdiri daripada kabel fiber lapan pasang antara Hong Kong dan Singapura, dengan kapasiti 160 terabit per saat untuk memenuhi keperluan lebar jalur di rantau ini.

Projek tersebut dijangka siap dan boleh diguna pada 2024. 

PPTEL ialah sebuah syarikat pengeluar infrastruktur telekomunikasi antarabangsa di Sarawak dan sedang membina Gerbang Internet Antarabangsa Sarawak (SIIG) yang terdiri daripada lima komponen asas iaitu BaSICS , pusat data tier 4, International Cross Border Terrestrial Fiber Network di Santubong, Regional Internet Exchange dan SEA-H2X. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan