Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

‘Pondok Polis Komuniti’ Farley Kota Samarahan boleh menjadi titik pertemuan

ByKhairil Zharif Affindie

KOTA SAMARAHAN, 13 Mei 2022 : Balai pondok komuniti di pasaraya Farley Kota Samarahan boleh dijadikan sebagai titik pertemuan antara semua elemen elemen rondaan pencegahan jenayah.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata balai pondok komuniti ini boleh dijadikan sebagai tempat bertukar maklumat di antara masyarakat dengan pihak polis.

“Berjumpa dengan masyarakat dan mendapatkan maklum balas daripada masyarakat berkaitan dengan perkhidmatan polis, kepuasan masyarakat terhadap perkhidmatan polis.

“Kita juga dapat memberi penerangan berkaitan trend jenayah terkini kepada masyarakat dan juga kita menggalakkan masyarakat untuk bekerjasama dengan pihak polis dimana masyarakat mempunyai peranan yang tersendiri dimana mereka boleh jadi mata dan telinga kepada pihak polis dalam menyalurkan maklumat dalam kita berusaha untuk mencegah jenayah yang berlaku di dalam daerah ini,” katanya

Sementara itu Sudirman memaklumkan Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) merupakan satu inisiatif kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat tempatan sebagai kerjasama strategik mencegah jenayah.

Walaubagaimanapun masyarakat tidak seharusnya melaporkan dalam aplikasi VSP ketika musim perayaan sahaja tetapi masyarakat boleh menyalurkan maklumat ketika ingin meninggalkan rumah mereka.

“Untuk makluman semua juga dalam sistem VSP tidak memerlukan kita untuk melaporkan semasa perayaan sahaja tetapi masyarakat juga boleh menyalurkan maklumat kepada kita sekiranya mereka ingin meninggalkan rumah mereka supaya kita boleh membuat pemantauan daripada semasa ke semasa bukan setakat hari perayaan tetapi hari hari biasa juga,” katanya lagi

Hadir sama Pengurus Personel Farley Kota Samarahan Eiyen Lau, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPD Kota Samarahan ASP Austin Patrick Angkon dan pegawai kanan polis IPD Samarahan. 

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan akan meneruskan program bertemakan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ berkonsepkan ‘Meet and Greet’ dalam usaha mengawal aktiviti jenayah sekali gus memastikan keamanan dan keharmonian penduduk terjamin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan