Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis siasat kes kolam air di Waterfront berbuih tebal
Tangkap layar video yang memaparkan kejadian kolam air berbuih tebal di Waterfront, dipercayai dituang serbuk pencuci oleh individu tidak bertanggungjawab. Foto: Suara Sarawak (Facebook Live)

Polis siasat kes khianat kolam air di Waterfront

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 13 Mei : Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes kolam air di Waterfront di sini yang ‘dicemari’ buih tebal dipercayai akibat perbuatan khianat pihak tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, laporan diterima pada pukul 9.15 pagi tadi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,”katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Sejak malam tadi, kejadian yang dipercayai akibat ‘perbuatan nakal’ pihak tidak bertanggungjawab di kawasan tumpuan orang ramai itu tular.

Baca lagi > > > Video kolam air pancut di Waterfront dipenuhi buih sabun tular

Pada bulan lepas, kejadian serupa turut berlaku di situ yang menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan