Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga asing ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di Tawau. Foto IPD Tawau.

Warga asing edar dadah diberkas di Tawau

ByTVS

TAWAU, 13 Mei : Seorang lelaki warga asing ditahan polis selepas disyaki menjalankan aktiviti pengedaran dadah berhampiran sebuah stesen minyak, di sini semalam.

Suspek berumur 36 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, kira-kira pukul 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek yang ketika itu menunggang motosikal dihampiri oleh anggota polis selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika dihampiri anggota polis, suspek cuba melarikan diri namun sempat dihalang,” katanya.

Jelasnya, pemeriksaan lanjut menemukan bungkusan plastik mengandungi ketulan jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 152.06 gram di bakul motosikal suspek.

Bungkusan dadah yang dijumpai bersama suspek. Foto: IPD Tawau

Jasmin berkata, suspek dan barang rampasan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut dan saringan air kencing turut mendapati positif Methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan