Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Gerakan Am Batalion 10 Sibu telah berjaya merampas diesel berjumlah lebih 6,000 liter bersama sebuah kapal, sebuah pacuan empat roda serta pelbagai peralatan melibatkan rampasan bernilai lebih RM346,000. Foto: PGA Batalion 10
Pasukan Gerakan Am Batalion 10 Sibu telah berjaya merampas diesel berjumlah lebih 6,000 liter bersama sebuah kapal, sebuah pacuan empat roda serta pelbagai peralatan melibatkan rampasan bernilai lebih RM346,000. Foto: PGA Batalion 10

PGA Batalion 10 rampas minyak diesel dengan rampasan bernilai lebih RM346,000

SIBU, 13 Mei: Pasukan Gerakan Am Batalion 10 Sibu telah berjaya merampas diesel berjumlah lebih 6,000 liter bersama sebuah kapal, sebuah pacuan empat roda serta pelbagai peralatan melibatkan rampasan bernilai lebih RM346,000.

Serbuan tersebut dijalankan oleh seorang pegawai dan tujuh anggota batalion ke atas sebuah jeti persendirian di sekitar Sungai Merah di sini pada jam 11.40 pagi semalam.

Komander Briged Sarawak PGA, SAC Dr. Che Ghazali Che Awang berkata, tiga lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan umur 20-an turut ditahan ketika sedang menjalankan aktiviti mengepam minyak diesel dari tangki belakang bonet kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan disalurkan ke dalam tangki minyak sebuah kapal yang berlabuh di tepi jeti tersebut.

Ujarnya, pemeriksaan lanjut mendapati ketiga-tiga suspek gagal mengemukakan dokumen yang sah berkaitan pemilikan dan transaksi pemindahan minyak diesel tersebut.

Menurutnya, pacuan empat roda tersebut didapati mempunyai tangki tambahan di belakang bonet beserta dengan seunit mesin pengepam minyak yang berisi minyak diesel lebih kurang 200 liter dianggarkan bernilai RM430.

Tangki besi beserta dengan hos itu dianggarkan bernilai RM3,000 manakala Toyota Hilux dianggarkan bernilai RM75,000.

Che Ghazali berkata, barang rampas juga termasuk sebuah kapal berwarna hijau yang telah diubahsuai sebagai tempat penyimpanan minyak diesel yang mana di dalam muatan kapal tersebut berisi minyak diesel lebih kurang 6,000 liter dianggarkan bernilai RM12,900 manakala kapal minyak itu dianggarkan bernilai RM 250,000 serta peralatan lain bernilai RM5,000.

“Jumlah keseluruhan rampasan tersebut dianggarkan bernilai RM346,330.00 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 196l,” jelasnya.

Kesemua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Sibu untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek juga mengaku sebagai pemandu kereta Toyota Hilux tersebut dan bekerja sebagai pengisi minyak diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar daerah ini.

“Pemantauan lanjut juga akan diteruskan ke atas majikan minyak diesel bersubsidi yang terbabit,” tambah Che Ghazali. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan