Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Sudirman Kram mengedarkan risalah pada Program Kepolisian Komuniti di Kota Samarahan semalam.- Foto IPD Kota Samarahan.

Kes curi hasil pertanian meningkat di Kota Samarahan

ByKhairil Zharif Affindie

KOTA SAMARAHAN, 13 Mei : Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini mengesan berlaku peningkatan kes curi termasuk hasil pertanian bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata, statistik menunjukkan peningkatan sebanyak 22.6 peratus.

Katanya, selain curi hasil tanaman, kes yang dilaporkan juga membabitkan kecurian meter dan kabel.

“Bagi tempoh berkenaan, jumlah kes dilaporkan ialah sebanyak 56 berbanding 46 tempoh sama tahun lepas,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir Program Kepolisan Komuniti sempena Hari Bersama Pelanggan di sebuah pasar raya di sini semalam.

Sementara itu beliau turut memberitahu, kadar indeks jenayah pecah rumah di daerah ini mencatatkan penurunan sebanyak 33 peratus iaitu 18 kes berbanding 27 kes bagi tempoh sama,”katanya.

“Statistik menunjukkan bahawa jenayah pecah rumah pada waktu malam di sini dalam keadaan terkawal,”ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan