Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berikutan dengan kejadian runtuhan batu akibat hujan lebat di Seksyen Bukit Begunan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sebelah petang tadi, orang ramai dinasihati untuk berhati-hati melalui kawasan berkenaan.Foto JKR Sarawak.

JKR Sarawak nasihat pengguna berwaspada ekoran runtuhan batu di Pan Borneo Bukit Begunan

KUCHING, 13 Mei : Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menasihatkan orang ramai supaya berhati – hati ketika melalui Seksyen Bukit Begunan, projek Lebuhraya pan Borneo susulan kejadian runtuhan batu petang tadi.

JKR Sarawak menerusi kenyataan memaklumkan, kejadian itu berpunca akibat hujan lebat.

“Pihak Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) JKR Sarawak dan kontraktor terlibat kini berada di lokasi berkenaan bersama-sama dengan dua jentera jengkaut.

“Pasukan trafik juga telah ditempatkan di situ bagi mengawal lalu lintas.

“Pihak kami akan mengemaskini perkembangan semasa di lokasi kejadian,” jelas kenyataan berkenaan.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya berwaspada sewaktu memandu menghampiri kawasan berkenaan terutamanya dalam keadaan hujan dan permukaan jalan licin. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found