Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
TOKYO, 13 Mei : Finland mungkin memohon untuk menyertai NATO "pertengahan minggu depan," kata Menteri Luar Pekka Haavisto, menurut Sputnik. Foto Reuters

Finland buat permohonan sertai NATO

TOKYO, 13 Mei : Finland mungkin memohon untuk menyertai NATO “pertengahan minggu depan,” kata Menteri Luar Pekka Haavisto, menurut Sputnik.

“Jika mendapat kelulusan parlimen, kami akan melakukannya pada pertengahan minggu depan. Sweden juga sedang mempertimbangkan tempoh yang sama,” kata menteri itu seperti dipetik NHK.

Menteri itu menegaskan bahawa Finland mahu mengekalkan keamanan di sempadan dengan Rusia tetapi harus bersedia untuk hadapi sebarang perkembangan.

Beliau berpendapat, tempoh peralihan sebelum menyertai pakatan itu benar-benar berbahaya. Bagaimanapun, menteri berkenaan menyuarakan harapan bahawa sokongan dan bantuan daripada UK dan  negara Eropah lain akan membantu Finland menghindari sebarang kesukaran dalam tempoh itu.

Finland dan Sweden masing-masing memutuskan untuk memohon keahlian NATO berikutan keputusan Rusia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan