Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah bot tunda beserta tongkang telah ditahan kerana beroperasi menggunakan dokumen yang telah tamat tempoh. Foto: APMM Sarawak
Sebuah bot tunda beserta tongkang telah ditahan kerana beroperasi menggunakan dokumen yang telah tamat tempoh. Foto: APMM Sarawak

APMM tahan bot tunda dan tongkang bawa pasir

ByNurul Amarlina

KUCHING, 13 Mei: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak menahan sebuah bot tunda dan tongkang yang dipercayai beroperasi menggunakan dokumen tamat tempoh.

Pengarah APMM Sarawak, Laksamana Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, kedua – dua kenderaan  pengangkutan air itu ditahan pada jarak lebih kurang lima batu nautika dari Tanjung Po pada pukul 10 malam tadi.

Katanya, tangkapan itu dilakukan ketika pasukannya sedang melaksanakan Operasi Permai di sekitar perairan Kuching.

“Hasil pemeriksaan dan geledah dilakukan, anggota APMM mendapati bot tunda tersebut disyaki beroperasi menggunakan dokumen lesen vesel yang telah tamat tempoh dan tidak memiliki sebarang dokumen perlepasan pelabuhan,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, bot tunda dan tongkang yang membawa muatan pasir yang dianggarkan satu tan metrik itu dikendalikan oleh enam kru termasuk nakhoda yang kesemuanya lelaki berumur dalam lingkungan 22 hingga 67 tahun.

“Kru terdiri daripada dua lelaki warga tempatan yang mempunyai dokumen pengenalan diri manakala empat lelaki warga India disyaki memiliki dokumen pengenalan diri yang meragukan,”katanya.

Kesemua kru, bot tunda serta tongkang dibawa ke Jeti Maritim Malaysia, Muara Tebas untuk siasatan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/ 63. – TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan