Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tangguh Umrah : Pembayaran pampasan selesai Mac lepas – Ahmad Marzuk

KOTA BHARU, 12 Mei : Pembayaran pampasan kepada lebih 1,000 jemaah umrah ekoran penangguhan sementara ibadah itu kerana kebimbangan terhadap varian Omicron COVID-19 bermula 8 Jan lepas, telah selesai diberikan pada Mac lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata proses pembayaran diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Beliau berkata mereka yang menerima pampasan telah memenuhi syarat ditetapkan sebelum ini termasuk dokumentasi berkaitan yang lengkap dengan perbelanjaan bagi pelaksanaan umrah.

“Antara syarat yang dikenakan adalah mereka perlu mengemukakan resit yang mereka telah bayar termasuk segala perbelanjaan yang berbukti namun telah hangus disebabkan penangguhan umrah. 

“Kita berharap ia (bayaran pampasan) sekali gus meringankan beban mereka yang terpaksa menanggung kerugian akibat penangguhan pelaksanaan umrah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kelantan di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Media sebelum ini melaporkan jemaah umrah akan menerima bayaran sagu hati RM1,671 seorang daripada kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dilaporkan berkata bayaran akan dikreditkan menggunakan akaun simpanan TH jemaah umrah bermula pada 18 Feb lepas.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan