YAOUNDE, 12 Mei: Sebuah pesawat yang membawa 11 penumpang dilaporkan terputus hubungan pada Rabu malam sebelum ia ditemukan di hutan berhampiran Nanga Eboko, di Cameroon, lapor Xinhua.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan Cameroon, Jean Ernest Ngalle Bibehe, dalam satu kenyataan.
“Pasukan penyelamat kini dalam perjalanan ke lokasi pesawat ditemukan untuk memberikan bantuan,” kata Bibehe.
Pesawat berkenaan dikatakan melakukan penerbangan ke wilayah Belabo selepas ia berlepas dari Yaounde, ibu negara Cameroon.
Menurut media tempatan, penumpang pesawat terdiri daripada pekerja syarikat minyak. – TVS