Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Scam phone
Foto: Prostock-studio

Penjawat awam ditipu scammer, kerugian lebih RM50,000

SIBU, 12 Mei: Sindiket ‘Macau Scam’ berjaya memperdayakan seorang penjawat awam wanita di sini sehingga menyebabkan kerugian lebih RM50,000.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner, Zulkipli Suhaili menerusi satu kenyataan berkata, mangsa, 30, panik selepas dikatakan mempunyai bungkusan tidak dituntut dan terlibat dalam kes polis yang tidak wujud.

“Mangsa menerima panggilan daripada seorang wanita yang menyamar sebagai pekerja dari syarikat JNT Express HQ memaklumkan pengadu mempunyai bungkusan yang belum dituntut serta dalam siasatan pihak polis,” katanya.

Setelah pengadu menafikan ada kaitan dengan barang kiriman berkenaan, panggilan telefon pengadu terus disambungkan kepada seorang polis yang berpangkat sarjan.

“Lebih mengejutkan pengadu, polis itu memaklumkan bahawa hasil semakan yang dilakukan ke atas kad pengenalan pengadu didapati terlibat dengan kes penyeludupan dadah dan pengubahan wang haram,” tambahnya.

Zulkipli memberitahu, pengadu yang semakin bimbang dengan dakwaan itu diminta untuk membuat pindahan wang ke akaun yang diberikan bagi tujuan semakan oleh Jabatan Audit Negara.

“Disebabkan terlalu panik, pengadu telah membuat transaksi pemindahan wang miliknya ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek keseluruhannya berjumlah RM50,500,” katanya.

Bagaimanapun, pengadu sedar dirinya diperdayakan selepas meragui pemanggil tersebut sehingga dia bertindak membuat laporan polis.

Kejadian berlaku pada 10 Mei lalu ketika pengadu sedang bekerja.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang panggilan daripada mana-mana jabatan penguatkuasa dan panggilan yang tidak dikenali tanpa membuat sebarang semakan agar tidak menjadi mangsa,” tambahnya.

Orang ramai boleh membuat semakan dengan balai polis terdekat atau membuat semakan di http:/semakmule.rmp.gov.my, CCID Infoline di talian 013-2111222, CCID Response Centre di talian 03-26101559/03-26101599 dan Facebook CyberCrimeAlertRMP. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan