Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PAS kekal sokong RUU Anti Lompat Parti – Mohd Amar

ByBernama

KOTA BHARU, 12 Mei: Parti Islam SeMalaysia (PAS) kekal dengan pendirian akan menyokong Rang Undang-undang Anti Lompat Parti, kata Naib Presidennya, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata, sebelum ini juga, Kelantan di bawah pentadbiran PAS telah meluluskan Enakmen Anti Lompat Parti, tetapi dibatalkan oleh Mahkamah Agung.

“Secara dasarnya, kita bersetuju dengan RUU ini, cuma dari segi teknikal sahaja ia sedang diperhalusi oleh Kabinet. Jadi sekarang kita serah kepada Kabinet untuk membuat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob.

Mohd Amar, yang juga Timbalan Menteri Besar, berkata Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kelantan yang bermula pada jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang itu dihadiri lebih 30,000 pengunjung. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan