CHONGQING, 12 Mei : Lebih 40 penumpang cedera selepas sebuah pesawat tergelincir dari landasan dan terbakar sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang di Perbandaran Chongqing barat daya China kira-kira 8 pagi Khamis, lapor Xinhua.
Menurut sumber lapangan terbang, penerbangan TV9833 Tibet Airlines itu dijadual berlepas dari Chongqing menuju ke Nyingchi di Tibet, membawa 113 penumpang dan sembilan anak kapal.
Anak kapal membatalkan penerbangan selepas mengesan sesuatu yang pelik dalam pesawat Airbus A319 itu. Pesawat itu terbakar di kiri bahagian hadapan pesawat selepas tergelincir dari landasan.
Kesemua yang berada di dalam pesawat telah dipindahkan dan mangsa cedera dihantar ke hospital.
Buat masa ini, satu landasan di lapangan terbang itu ditutup manakala dua lagi beroperasi seperti biasa.
Siasatan ke atas kemalangan itu sedang dijalankan. – TVS