Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
COVID-19 : 14 kes hari ini, tiada kematian direkodkan di Sarawak
Gambar fail menunjukkan jururawat bertugas melaksanakan PICK di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Perpaduan pada Jun 2021. foto: BERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Isu kekurangan jururawat sedang ditangani – Khairy

ByBernama

PUTRAJAYA, 12 Mei: Isu kekurangan jururawat di hospital di negara ini sedang ditangani dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Berucap merasmikan sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2022 di sini pada hari ini, beliau mengakui menerima banyak aduan berhubung kekurangan jururawat di hospital-hospital.

Menurutnya, dalam lawatannya ke Hospital Tunku Azizah (HTA) pada minggu lepas, iaitu hospital moden dan canggih yang dibina untuk ibu dan anak di Kuala Lumpur, didapati tidak dapat memaksimumkan perkhidmatan kerana tidak ada cukup jururawat.

“Jadi kita telah mempercepatkan kelulusan jururawat untuk dihantar ke HTA dan berusaha untuk menghantar mereka ke hospital lain juga,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata beliau akan cuba menyelesaikan isu jururawat berstatus kontrak dan perjawatan mereka.

“Ketika ini, terdapat kira-kira 3,469 jururawat berstatus kontrak. Saya akan usaha sedaya upaya untuk bantu (dalam) isu ini dan berharap jururawat akan terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan