Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan

Hasrat miliki kereta Proton Waja lebur, wanita kerugian RM4,000

SIBU, 12 Mei: Hasrat seorang wanita untuk memiliki kereta lebur apabila urusan jual beli dalam talian dengan jurujual maya rupa-rupanya adalah satu penipuan.

Kejadian itu berlaku di Kanowit apabila pengadu berusia 20-an dikatakan melayari laman sosial Facebook dan tertarik dengan satu iklan jual beli kereta murah di satu akaun Facebook pada awal April lalu.

Pengadu kemudian berhubung dengan seorang jurujual lelaki selepas menekan pautan applikasi WhatsApp yang tertera pada iklan tersebut.

Tanpa curiga, pengadu terus bersetuju untuk membeli kereta jenis Proton Waja secara tunai bernilai RM4,000.

Pengadu kemudian membuat pembayaran pendahuluan melalui pindahan wang tunai berjumlah RM1,000 pada 20 April lalu.

Dua hari kemudian, pengadu dimaklumkan bahawa kereta yang dibelinya akan sampai di Sibu pada 12 Mei ini namun pengadu diminta untuk membuat bayaran RM3,000 terlebih dahulu untuk membolehkan kereta dihantar lebih awal iaitu pada 9 Mei ini.

Pengadu yang percaya dengan suspek telah meminta bantuan seorang rakan untuk membuat pembayaran ke dalam akaun yang sama pada akhir bulan April lalu.

Apabila tarikh yang dijanjikan tiba, pengadu cuba bertanya status penghantaran kereta yang dibeli namun panggilan telefon dan WhatsApp pengadu tidak dijawab oleh jurujual berkenaan sebelum dia menyedari bahawa dirinya telah ditipu.

Ketika dihubungi hari ini, Ketua Polis Daerah Kanowit, Deputi Superintendan Tega Bilong, mengesahkan laporan berhubung kes tersebut yang diterima pihaknya pada Rabu.

“Kes tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPD Sibu untuk tindakan dan siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” tambah beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan