MUKAH, 12 Mei : Dua buah rumah di Kampung Tutus Hilir di sini musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran sekitar jam 5 petang Khamis.
Kenyataan dari Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak memberitahu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut kira-kira pada jam 5.04 petang.
“Pihak bomba mendapati kebakaran melibatkan dua buah rumah jenis tidak kekal yang telah terbakar 100 peratus,” katanya.

Menurutnya, pasukan BBP Mukah yang diketuai PPgB Azman Hanapis menjalankan operasi pemadaman dan berjaya mengawal api yang marak.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – TVS