Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beregu wanita badminton pekak negara Boon Wei Ying-Foo Zu Tung bersama pingat emas mereka. Foto: MSDEAF

Beregu wanita badminton pekak tamatkan kemarau 21 tahun emas Sukan Deaflympic

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Mei : Beregu wanita badminton pekak negara Boon Wei Ying-Foo Zu Tung menamatkan kemarau 21 tahun Malaysia apabila meraih pingat emas pada Sukan Deaflympic ke-24 di Caxias do Sul, Brazil, semalam (awal pagi Khamis di Malaysia).

Lebih manis, kejayaan itu dilakar dalam aksi 48 minit penuh debaran dengan menundukkan beregu nombor satu dunia dari Taiwan Fan Jung-yu-Shen Yan-ru 21-17, 17-21, 21-15.

Kali terakhir Malaysia merangkul emas dalam temasya dwitahunan itu menerusi atlet lelaki olahraga pekak Zana Azizul Ujang dalam acara 110 meter lari berpagar di Sukan Deaflympic Rom, Itali pada 2001.

Wei Ying turut menghadiahkan pingat perak menerusi gandingan bersama Edmund Teo Seng Keong bagi acara beregu campuran dengan menundukkan beregu India, Abhinav Sharma-Jevlin Jayaratchagan 14-21,7-21 pada perlawanan akhir.

Tidak terhenti di situ, Wei Ying juga meraih pingat gangsa acara perseorangan wanita selepas pemain Jepun, Mai Yakabe menarik diri daripada beraksi dalam perlawanan penentuan gangsa akibat COVID-19. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan