KUALA LUMPUR, 11 Mei : Penerjun negara, Mohd. Syafiq Puteh menghadiahkan pingat emas kelapan Malaysia menerusi acara tiga meter papan anjal lelaki sebentar tadi.
Beraksi di Pusat Akuatik My Dinh yang menjadi lubuk emas negara setakat ini, Mohd. Syafiq menamatkan enam terjunan dengan mengumpul 381.35 mata sekaligus emas individu pertamanya dalam penyertaaan di Sukan SEA.
Bertambah manis, seorang lagi wakil negara, Gabriel Gilbert Daim melengkapkan penguasaan Malaysia apabila menyambar pingat perak dengan catatan 357.30 mata.
Baca lagi > > > TERKINI : Dhabitah sumbang emas pertama Malaysia Sukan SEA Vietnam
Ketika ini, ratu terjun negara, Dato Pandelela Rinong sedang bergandingan dengan Nur Dhabitah Sabri bagi acara 10 meter platform seirama wanita.
Pasangan Olimpik itu membawa misi untuk Malaysia menyapu bersih kesemua lapan pingat emas acara terjun yang dipertandingkan pada edisi kali ini. -TVS