Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ratu terjun negara, Pandelela Rinong akan bergandingan bersama Nur Dhabitah Sabri hari ini dalam acara 10 meter platform seirama wanita.

Pandelela ketuai misi Malaysia sapu bersih emas terjun hari ini

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 11 Mei : Dato Pandelela Rinong akan mengetuai cabaran kem terjun negara hari ini untuk menyapu bersih dua pingat emas lagi yang ditawarkan dalam acara itu.

Pandelela yang juga pemenang gangsa dan perak Sukan Olimpik dijadualkan turun ke Pusat Akuatik My Dinh pada pukul 5 petang ini bergandingan dengan Nur Dhabitah Sabri dalam acara 10 meter platform seirama wanita.

Berdasarkan reputasi dua olimpian ini, mereka dijangka tidak berdepan masalah untuk menyumbang emas kepada Malaysia.

Baca lagi > > > TERKINI : Dhabitah sumbang emas pertama Malaysia Sukan SEA Vietnam

Baca lagi > > > Sukan SEA: Ng Yan Yee-Ong Ker Ying sumbang pingat emas keempat negara

Satu lagi prospek emas negara dalam acara terjun hari ini hadir menerusi Muhammad Syafiq Puteh dan Gabriel Gilbert Daim yang akan beraksi dalam acara tiga meter papan anjal lelaki pada pukul 4 petang.

Sepanjang tiga hari acara terjun berlangsung, kontinjen negara sukar dicabar di Vietnam apabila menyapu bersih enam pingat emas yang ditawarkan.

Malaysia menyasarkan untuk menang kesemua lapan pingat emas acara terjun sekaligus mengulangi pencapaian pada Sukan SEA di Manila pada 2019. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan