Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan Sarawak teruskan Skim ALAF 

KUCHING, 11 Mei : Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi mengumumkan Skim Dana Permohonan Tambahan Atau Lewat (ALAF) akan diteruskan Kerajaan Sarawak.

Katanya setakat ini sebanyak 20,000 permohonan telah diterima oleh  kementeriannya sejak pelaksanaan ‘ALAF’, pada dua tahun lalu.

“Setakat ini kita telah menerima 20 ribu permohonan sejak 2 tahun lepas yang mana 30 peratus telah dilaksanakan.

“Masalah yang dihadapi kita hari ini (sekarang) adalah kekurangan pakar elektrik untuk membantu memasang bekalan elektrik di kawasan tertentu”.

“Kalau di kawasan bandar tiada masalah tetapi kalau melibatkan kawasan luar bandar kita kekurangan kontraktor yang mendapat pengiktirafan daripada Sarawak Energy.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Taman Botani Sarawak sempena World Tree Planting Day, disini hari ini.

ALAF adalah program berterusan yang dilaksanakan secara berperingkat untuk membekalkan elektrik 24 jam terutama ke kawasan luar bandar.

Ia juga merupakan salah satu daripada inisiatif di bawah pelan induk Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) yang diperkenalkan pada tahun 2018 – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan