Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) berjaya menahan empat remaja lelaki ketika cuba menyusup masuk ke Sabah secara haram di pinggir ladang kelapa sawit Jalan Apas, Membalua, pada 10 Mei. Foto: Angkatan Tugas Bersama 2
Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) berjaya menahan empat remaja lelaki ketika cuba menyusup masuk ke Sabah secara haram di pinggir ladang kelapa sawit Jalan Apas, Membalua, pada 10 Mei. Foto: Angkatan Tugas Bersama 2

ATB2 gagalkan empat PATI menyusup masuk ke Sabah

ByTVS

TAWAU, 11 Mei: Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) berjaya menahan empat lelaki warga Indonesia ketika cuba menyusup masuk ke Sabah secara haram di pinggir ladang kelapa sawit Jalan Apas, Membalua, semalam.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, pasukan Tim Quick Reaction Force (QRF) yang sedang melakukan rondaan Op Benteng Bersama terserempak empat remaja berkenaan bergerak secara berkumpulan dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 6.35 petang.

Baca lagi > > > PGA gagalkan cubaan 29 PATI masuk Semporna

Menurutnya, Tim QRF telah bertindak menghampiri dan menahan kesemua individu tersebut bagi melaksanakan pemeriksaan awal dokumen.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati kesemua suspek berusia 19 hingga 23 tahun itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan telah memasuki Malaysia tanpa kebenaran yang sah melalui perairan Tawau.

“Kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) tersebut ditemui bersama barangan persendirian yang dibawa dari Pulau Sebatik, Indonesia,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, tangkapan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63. – TVS

Tags: PATI, sabah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan