Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sago Incubator 2022, asah bakat keusahawanan anak Sarawak

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 10 Mei : Tiga syarikat yang berpangkalan di Sarawak iaitu The Hills Kuching, Wat Sarawak Dan Retrospective Discovery LLP jalin kerjasama anjur Inkubator Usahawan Makanan pertama di Sarawak iaitu SAGO Incubator yang akan berlangsung di The Grounds Co Working Space,The Hills, Kuching.

Menurut Rakan Kongsi Pengurusan Retrospective Discovery LLP, Arif Abdul Rahman, Sarawak mempunyai peluang yang cerah dalam industri makanan dan minuman sebagai penyumbang utama kepada sektor ekonomi negeri dan pada masa yang sama mempunyai usahawan berbakat yang berpotensi untuk berjaya di peringkat antarabangsa.

“Program ini akan berlangsung selama 11 minggu dengan seramai 10 peserta yang terpilih akan diberi bimbingan daripada usahawan makanan yang berpengalaman dan berjaya sepanjang program.

“Program ini bertujuan untuk melengkapkan usahawan makanan dengan kemahiran makanan, kepintaran perniagaan dan kemahiran pembangunan pasaran untuk mengembangkan perniagaan makanan mereka agar mampu berjaya dalam ekonomi digital,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Sago Incubator 2022 di sini hari ini.

Tambahnya penganjuran program berkenaan merupakan inisiatif yang diambil pihaknya serta rakan kongsi syarikat yang lain bagi memastikan potensi yang dimiliki oleh anak Sarawak dapat digilap bagi membutirkan hasil yang dapat memberi manfaat kepada ekonomi di negeri ini.

“Usaha yang kami lakukan ini bukan untuk populariti atau mengaut keuntungan tetapi niat  kami inginkan Sarawak menjadi terkenal dan hebat di mata dunia dengan potensi yang kita miliki,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap agar kementerian berkaitan dapat menghulurkan bantuan untuk menjayakan program tersebut pada masa akan datang.

“Kita berharap penganjuran program ini dapat membuktikan bahawa kita serius dan kita berharap pihak kementerian sudi untuk membantu kita pada Program Inkubator Usahawan 2.0 nanti,” tambahnya.

Selepas tamat kursus selama 11 minggu tersebut, para peserta akan menerima Sijil Latihan Pengendalian Makanan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dua peserta terbaik bakal menerima hadiah berupa sewaan kedai percuma selama tiga bulan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.-TVS


		

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan