Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
29 PATI warga Filipina menceroboh masuk guna empat bot laju berjaya dipatahkan Pasukan Gerakan Am (PGA) di perairan timur Pulau Mataking.

PGA gagalkan cubaan 29 PATI masuk Semporna

ByTVS

SEMPORNA, 10 Mei : Cubaan 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina memasuki negara ini dengan menggunakan empat bot laju berjaya dipatahkan Pasukan Gerakan Am (PGA) di perairan timur Pulau Mataking, semalam.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata, pergerakan semua bot berkenaan berjaya dikesan pasukan operasi yang sedang menjalankan rondaan Op Taring kira-kira jam 8 pagi.

Empat bot ditahan oleh PGA yang cuba menceroboh masuk ke Semporna.

Menurutnya, keempat-empat bot berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan selepas dipercayai bergerak dari perairan Filipina, menuju ke perairan negara.

“Sebaik ditahan, pemeriksaan mendapati juragan bot dan semua penumpang terdiri daripada 17 lelaki dan 12 wanita berusia dua hingga 60 tahun tidak mempunyai dokumen keterangan diri yang sah.

“Hasil soal siasat, semua individu terbabit mengaku sebagai warganegara Filipina dan ingin masuk ke daerah Semporna,” katanya.

Abdul Rani berkata, pasukan operasi seterusnya membuat pengusiran dengan mengiringi keempat-empat bot berkenaan keluar daripada perairan negara.

Katanya, pasukan operasi turut menasihat dan memberi amaran kepada semua PATI terbabit agar tidak lagi memasuki perairan negara secara tidak sah.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found