Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Marcus Yam Foto: Marcus Yam (Facebook)
Marcus Yam Foto: Marcus Yam (Facebook)

Jurugambar kelahiran Malaysia rangkul Anugerah Pulitzer

ByNurul Amarlina

KUCHING, 10 Mei: Jurugambar kelahiran Malaysia, Marcus Yam yang merupakan wartawan dan jurugambar Los Angeles Times telah berjaya memenangi Anugerah Pulitzer bagi kategori fotografi berita terkini semalam, lapor Los Angeles Times.

Berasal dari Kuala Lumpur, Marcus, 38, memenangi anugerah kewartawanan paling berprestij itu menerusi liputannya yang merakam kejatuhan Afghanistan ke tangan pihak Taliban.

Sepanjang dua bulan dari Ogos 2021, Marcus, 38, menangkap gambar peristiwa tersebut walaupun dikasari dan diancam oleh beberapa pejuang Taliban. 

Kemenangan marcus dalam kategori fotografi itu merupakan Anugerah Pulitzer ke 49 yang diterima syarikat penerbitan itu sejak 1942. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan