Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Thailand menahan 89 warga Myanmar termasuk sembilan wanita yang dipercayai cuba menyeludup masuk ke Malaysia, di Tak Bai, Narathiwat, selatan Thailand.

Sembilan wanita antara yang cuba seludup masuk ke Malaysia

ByBernama

NARATHIWAT, 9 Mei : Polis Thailand menahan 89 warga Myanmar termasuk sembilan wanita yang dipercayai cuba menyeludup masuk ke Malaysia, di Tak Bai, Narathiwat, selatan Thailand.

Timbalan Ketua Polis Narathiwat Kol. Pol. Thawatchai Duksukkaew berkata kesemua mereka ditangkap dalam dua serbuan pada Sabtu di dua buah rumah sewa di Tak Bai.

Tiga buah trak pikap yang dipercayai digunakan untuk menghantar warga Myanmar terlibat turut dirampas.

“Siasatan awal mendapati kesemua warga Myanmar itu sedang menunggu masa yang sesuai untuk memasuki Malaysia.

“Polis sedang memburu empat lelaki tempatan yang merupakan pemandu trak pikap yang telah meloloskan diri ketika serbuan,” katanya pada satu sidang media di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Tentera Wilayah Narathiwat, Chalermporn Khamkhiao berkata pihak berkuasa Thailand akan mempertingkatkan kawalan di sempadan bagi mengekang penyeludupan manusia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan