Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak pemain utama industri hidrogen Asia

ByAmirah Shawel

ROTTERDAM, 9 Mei: Sarawak kini bersedia untuk menjadi salah satu peneraju utama bagi industri hidrogen dunia.

Perkara itu diumumkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa berucap di Persidangan Hidrogen Dunia (WHS) 2022 di Rotterdam, Belanda.

Menurut Abang Johari, Sarawak tidak hanya bersedia dengan pembangunan hidrogen malah mampu menjadi hub kuasa hidrogen di rantau Asia-Pasifik.

“Apabila saya katakan ‘Sarawak sudah bersedia dengan hidrogennya’ secara asasnya Ekonomi Hidrogen Sarawak akan menjadi teras.

“Ini bagi membina ekosistem dengan sumber yang banyak, infrastruktur yang mencukupi, kepakaran tersedia serta rantaian bekalan dan nilai mantap,” katanya di sini hari ini.

Kini, Sarawak berperanan sebagai pembekal tenaga baharu terbesar di Malaysia dengan hampir 3 juta penduduk di seluruh Sarawak dan sebahagian daripada Borneo Indonesia di Indonesia Barat.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama delegasi di Rotterdam, Belanda.

Malah, 70 peratus jumlah campuran penjanaan adalah daripada bekalan kuasa hidro Sarawak, yang boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan hidrogen karbon rendah.

Dalam pada itu, Sarawak Energy Berhad juga telah berjaya menubuhkan dan menjayakan Loji Pengeluaran Hidrogen Bersepadu dan Stesen Pengisi Minyak pertama di Asia Tenggara pada 2018.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan