Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Landskap politik Sarawak stabil, tiada perebutan kuasa – Nanta Linggi

SERIAN, 9 Mei: Landskap politik yang stabil, tiada sebarang perselisihan dan tiada perebutan kuasa di Sarawak, itu gambaran sebenar Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dijelaskan sendiri oleh Setiausaha Agungnya Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

GPS katanya mempunyai cara tersendiri untuk menangani sebarang isu yang timbul.

“Sebab dengan semangat kerjasama GPS kita bersama dengan parti lain dalam GPS iaitu SUPP, PBB, PRS dan PDP membentuk kerajaan.

“Dalam tempoh 10 tahun ini Sarawak memang banyak mengalami perubahan politik dan landskap politik kita berubah.

“Sebab itulah kita sekarang tidak bergaduh demi kebaikan kita di Sarawak,” katanya ketika berucap pada Majlis Penangguhan Mesyuarat Perwakilan Tiga Tahun Sekali PBB Cawangan N21 Tebedu, di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit menggesa semua ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)  untuk terus bekerjasama bagi memastikan parti itu terus kekal relevan.

“PBB merupakan parti yang sudah lama bertapak di Sarawak justeru kerjasama tersebut penting bagi melancarkan segala pembangunan yang telah dirancang untuk kepentingan rakyat.

“Berdasarkan kejayaan yang telah dicapai oleh GPS pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) yang lepas, kebanyakan rakyat Sarawak sudah mula menerima dan menyokong GPS,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan