Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Parti Nasionalis Sinn Fein memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya Ireland Utara buat pertama kali dalam sejarah

Sinn Fein menang pilihan raya Ireland Utara buat pertama kali

ByBernama

MOSCOW, 8 Mei : Parti Nasionalis Sinn Fein memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya Ireland Utara buat pertama kali dalam sejarah, lapor Sputnik, memetik laporan media UK pada Sabtu.

Menurut Sky News, Sinn Fein memenangi 27 kerusi berbanding 90 kerusi, dan Parti Kesatuan Demokratik (DUP) hanya memperoleh 24 kerusi di tempat kedua.

Sinn Fein menjadi parti nasionalis pertama yang mengawal badan perundangan Ireland Utara.

DUP telah hilang kepercayaan dalam kalangan ahli kesatuan berikutan reaksinya terhadap Brexit dan aturan perdagangan Ireland Utara. 

Keputusan terbaharu itu memecah undi antara tiga parti kesatuan sekerja.

Ireland telah dipisahkan kepada Ireland Utara dan Ireland Selatan melalui akta Parlimen pada 1921. 

Pada 1922, Ireland Selatan menjadi Negara Bebas Ireland, seterusnya menjadi Republik Ireland yang merdeka pada 1948. 

Ireland Utara kekal sebagai sebahagian daripada United Kingdom. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan