Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PRU-15: Rohani sedia berkhidmat jika masih dalam radar Abang Johari

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 8 Mei : Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim, bersedia meneruskan khidmat sekiranya beliau masih berada dalam radar bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan datang.

Menurut Rohani, bayangan sama ada namanya akan dikekalkan untuk menjadi calon Ahli Parlimen Batang Lupar hanya boleh diketahui daripada Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Sama ada saya kekal atau tidak itu boleh rujuk kepada Premier Sarawak yang juga Presiden PBB.

“InshaAllah kita sentiasa menyahut seruan jika terpanggil”, katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Lumba Kuda di Dewan Masyarakat MBKS di sini pada hari ini.

Rohani, yang juga Ketua Cawangan PBB Padungan, berkata Pergerakan Wanita PBB Sarawak turut berhasrat untuk melihat penglibatan lebih ramai wanita dalam kancah politik.

Beliau berkata, selain meraikan kesaksamaan, beliau percaya golongan wanita juga mampu menyumbang kepada kejayaan dalam usaha membangunkan Sarawak sebagai sebuah negeri yang maju menjelang tahun 2030.

Dalam pada itu, Rohani menyifatkan penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Lumba Kuda sebagai meraikan kepelbagaian Keluarga Malaysia.

Dato Sri Rohani Abdul Karim ketika menyantuni anak-anak daripada masyarakat Kampung Lumba Kuda.

Majlis yang julung kalinya diadakan bagi kawasan tersebut harus menjadi acara tahunan bukan sahaja bagi perayaan Aidilfitri tetapi juga bagi perayaan-perayaan yang lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan