Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Salah seorang daripada lima lelaki ditahan polis selepas disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol di Johor Bahru semalam. Foto IPD Johor Bahru Utara.

Lima pemandu mabuk ditahan di Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 8 Mei : Polis menahan lima lelaki selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Selamat di sekitar kawasan Taman Ungku Tun Aminah, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) ACP Rupiah Abd Wahid berkata, kesemua individu yang berumur antara 23 hingga 47 tahun itu ditahan dalam operasi yang dilakukan Bahagian Siasatan Perundangan Trafik JBU sekitar pukul 1 hingga 4 pagi.

“Kita bertindak tegas dan tidak berkompromi terhadap pemandu yang memandu melebihi paras alkohol yang dibenarkan dan operasi kali ini kita berjaya kesan lima pemandu mabuk,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Rupiah berkata dalam operasi berkenaan seramai 81 individu dan 60 kenderaan diperiksa.

“Pihak polis akan sentiasa melaksanakan penguatkuasaan dengan tegas demi keselamatan pengguna jalan raya yang lain berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Beliau pada masa sama menasihati pemandu agar sentiasa fokus dan berhati-hati di jalan raya sekali gus mengekalkan pemanduan yang selamat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan