Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, merangkap Timbalan Menteri Integriti dan Ombudsman Sarawak, Datuk Dr Juanda Jaya, berasa kesal dan mahu tindakan tegas diambil terhadap pemandu lori tidak bertanggungjawab yang melanggar undang-undang apabila mereka menggunakan perkhidmatan feri di Feri Batang Igan dan sekitarnya.at.
Jabatan Pengangkutan Jalan Sarawak akan mengambil tindakan terhadap lori sawit yang merosakkan harta awam di terminal perkhidmatan Feri Batang Igan dan kawasan sekitaranya.

JPJ Sarawak akan ambil tindakan terhadap ‘lori kebal’ di Igan

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 8 Mei : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak memberi jaminan akan mengambil tindakan terhadap lori sawit ‘kebal’ yang merosakkan harta awam di terminal perkhidmatan Feri Batang Igan dan kawasan sekitaranya.

Pengarahnya, Norizan Jili berkata, tindakan itu dilakukan kerana perbuatan berkenaan telah menyusahkan orang ramai yang mahu menggunakan perkhidmatan feri.

“Kita akan ke lokasi dan pantau dari semasa ke semasa dan juga membuat operasi khas di sana,” katanya kepada Bernama.

Baca >>>  Dr Juanda: Apakah lori-lori sawit ini kebal?

Beliau berkata demikian pada sidang media Laporan Operasi Hari Raya Aidilfitri 2020 Sarawak di Terminal Bas Kuching Sentral di sini hari ini yang dihadiri Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya meluahkan rasa kesal dan mahu tindakan tegas diambil terhadap pemandu lori tidak bertanggungjawab yang melanggar undang-undang apabila mereka menggunakan perkhidmatan feri di Feri Batang Igan dan sekitarnya.

Bahkan, katanya ada lori terlibat yang telah merosakkan bar penanda aras maksimum yang ditetapkan pada feri berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan