Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak United FC tewas 1 - 2 kepada Negeri Sembilan FC di Stadium Negeri Petra Jaya, di sini malam tadi. Foto Bernama.

Tewaskan Sarawak United di Petra Jaya, NS FC rampas pendahulu Liga Super

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 7 Mei : Hasrat Sarawak United FC untuk mencatatkan kemenangan kedua berturut – turut musnah apabila ditewaskan ‘seteru lama’ Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Negeri Petra Jaya malam tadi.

Memasuki aksi ketujuh liga, skuad Kenyalang Emas yang masih segar dengan kemenangan 3 -1 ke atas PJ City FC pada 23 April lepas dilihat berupaya memungut tiga mata penuh apabila mendahului pelawat pada minit ke – 51.

Gol itu terhasil apabila Boris Kok menanduk masuk sepakan percuma Lee Chang Hoon.

Namun jaringan itu tidak bertahan lama apabila ketua pasukan NSFC, Herold Mark Goulon meledak gol penyamaan melalui sepakan penalti pada minit ke-64.

Terdahulu, permainan separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tiada jaringan.

Asakan bertubi-tubi NSFC membuahkan hasil apabila melebarkan kedudukan lima minit kemudian melalui sepakan deras Matheus Alves Leandro pada minit ke-69 dan keputusan itu kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Kemenangan itu menyaksikan NSFC melonjak ke puncak Liga Super dengan 14 mata sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah selepas enam perlawanan manakala Sarawak United kekal di tangga ke-11 dengan hanya 4 mata selepas tujuh perlawanan.

Bagaimanapun, penyandang juara, JDT yang kini di tempat kedua dengan 12 mata berpeluang memintas skuad Jang apabila masih kekurangan dua perlawanan.

Satu lagi perlawanan menyaksikan Kedah Darul Aman FC tumpas 2 -3 kepada Melaka United FC di Alor Setar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan