Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Firefighters and rescue workers work on the site after an explosion hit the Hotel Saratoga, in Havana, Cuba May 6, 2022. REUTERS/Alexandre Meneghini
Angka korban kes letupan Hotel Saratoga di Havana, Cuba semalam meningkat kepada 22 orang manakala lebih 70 lagi dilaporkan cedera, lapor Reuters.

Angka kematian letupan hotel di Cuba meningkat kepada 22

ByNurul Amarlina

HAVANA, 7 Mei : Angka korban kes letupan Hotel Saratoga di Havana, Cuba semalam meningkat kepada 22 orang manakala lebih 70 lagi dilaporkan cedera, lapor Reuters.

Dentuman kuat itu memusnahkan dinding di beberapa tingkat hotel itu selain banyak bilik dilaporkan turut mengalami kerosakan.

Presiden Cuba, Miguel Diaz-Canel sebelum ini berkata, letupan berpunca daripada masalah kebocoran gas.

Pada petang semalam, pihak berkuasa kesihatan mengesahkan 18 kematian namun tidak lama kemudian, angka rasmi meningkat kepada 22.

Baca lagi > > > 18 maut dalam letupan hotel di Cuba

Letupan kuat itu turut menjejaskan sebuah sekolah berhampiran yang ketika itu terdapat lebih 300 orang pelajar sedang mengikuti sesi pembelajaran.

Kementerian Kesihatan Cuba turut mengesahkan seorang murid terbunuh manakala 15 lagi cedera.

Menteri Pelancongan, Juan Carlos Garcia berkata, setakat ini laporan awal mengesahkan tiada warga asing terbunuh atau cedera dalam letupan itu.

Difahamkan ketika kejadian, hotel berkenaan ditutup kepada orang awam dan hanya terdapat sekumpulan pekerja yang sedang bertugas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan