Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tangkap layar video menunjukkan 10 lelaki dipercayai melakukan gaduh gempar menggunakan bunga api sesama sendiri di Taman Bandar Prima Senawang, Seremban. Foto: Media sosial
Tangkap layar video menunjukkan 10 lelaki dipercayai melakukan gaduh gempar menggunakan bunga api sesama sendiri di Taman Bandar Prima Senawang, Seremban. Foto: Media sosial

10 lelaki ditahan gaduh gempar bunga api di Seremban

ByBernama

SEREMBAN, 7 Mei : Polis menahan 10 lelaki awal pagi tadi dipercayai melakukan gaduh gempar menggunakan bunga api sesama sendiri di Taman Bandar Prima Senawang di sini seperti tular dalam laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata kesemua individu berusia 19 hingga 42 tahun itu ditahan pada 4.40 pagi di sekitar daerah ini dan direman selama tiga hari sehingga 9 Mei.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati kejadian tersebut berlaku 2 Mei lepas pada sekitar tengah malam.

“Turut dirampas sejumlah besar bunga api dan mercun dengan siasatan lanjut masih dijalankan. Satu kertas siasatan dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, tular satu video berdurasi 29 saat di Facebook yang memaparkan sekumpulan lelaki melakukan gaduh gempar menggunakan bunga api sesama sendiri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan