Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: PPM Wilayah 5 Sarawak

Tong berisi diesel tanpa permit dirampas

ByElani Rosllan

KUCHING, 6 Mei : Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak telah menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda berisi tong-tong minyak yang mencurigakan di sini pada Khamis.

Menurut PPM Wilayah 5 dalam satu kenyataannya, kenderaan tersebut ditahan sewaktu operasi Unit Risikan Marin (URM) Markas Kuching dijalankan.

“Polis mendapati bahagian belakang kenderaan penuh dengan tong minyak diesel.

“Hasil pemeriksaan mendapati pemandu, yang merupakan seorang lelaki tempatan, gagal mengemukakan sebarang permit khas daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” kenyataan itu menyebut.

Semua barang rampasan telah diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kuching untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan