Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keunikan acara itu yang memaparkan kemahiran golongan nelayan mengendalikan bot kecil dan hanya terdapat di daerah Beluran.
Keunikan acara itu yang memaparkan kemahiran golongan nelayan mengendalikan bot kecil dan hanya terdapat di daerah Beluran. Foto: Haslin Ghaffor

Perlumbaan bot unik Ampalud De Padau mampu tarik pelancong ke Beluran

ByTVS

BELURAN, 6 Mei: Penganjuran Ampalud De Padau atau perlumbaan bot boleh ditonjolkan sebagai salah satu produk pelancongan di daerah Beluran.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata keunikan acara itu, yang memaparkan kemahiran golongan nelayan mengendalikan bot kecil, hanya terdapat di daerah Beluran.

“Penganjuran acara ini (Ampalud De Padau) boleh ditambah baik dan diperbaiki, dan boleh dijadikan tatapan masyarakat luar Beluran.

“Pada masa sama, boleh dijadikan produk pelancongan yang mampu menjana ekonomi masyarakat di Beluran,” katanya selepas merasmikan Ampalud De Padau di Kampung Bukit Besi di Beluran.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Labuk, Samad Jambri.

Beliau juga berkata penganjuran acara seperti ini dapat memupuk perpaduan erat masyarakat daripada pelbagai kaum di kawasan Parlimen Beluran.

Dalam pada itu, Dr Ronald, yang juga Ahli Parlimen Beluran, berkata Ampalud De Padau merupakan program tahunan yang dibuat dalam kalangan masyarakat nelayan dari suku kaum Tidong di Beluran.

Acara ini mengumpulkan masyarakat suku kaum Tidong bersama masyarakat lain, seterusnya dapat menyatu serta memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat nelayan, katanya.

Selain itu, pertandingan ini dapat menonjolkan kemahiran nelayan mengendalikan bot kecil dengan pelbagai cara.

“Pejabat Parlimen Beluran menyokong dan memberi sumbangan untuk memastikan program ini dianjurkan dengan baik dan sempurna,” kata Dr Ronald. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan