Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Perdana Menteri Singapura, isteri terima darjah kebesaran tertinggi Johor

ByElani Rosllan

JOHOR BAHRU, 6 Mei : Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan darjah kebesaran tertinggi kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, dan isteri, Ho Ching dalam satu majlis yang diadakan dengan penuh adat istiadat di Istana Besar Johor pada hari ini.

Sultan Ibrahim mengurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) yang membawa gelaran Dato’ kepada Hsien Loong.

Foto: Facebook The Royal Johor

Pada majlis yang sama, baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (S.M.I.J.) kepada isteri Hsien Loong, Ho Ching, yang baharu bersara sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Temasek Holdings. Darjah kebesaran ini membawa gelaran Datin Paduka.

Foto: Facebook The Royal Johor

Turut berangkat ke majlis itu, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Besar Khaleeda.

Pengurniaan tersebut melambangkan persahabatan erat di antara Johor dan Singapura yang telah terjalin sejak sekian lama.

“Saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura di atas peranan beliau dalam mengeratkan hubungan Singapura dan Johor selama ini,” titah Sultan Johor.

Sebelum ini, Istana Johor juga pernah mengurniakan darjah kebesaran kepada beberapa pemimpin republik itu.

Antaranya termasuk mantan Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew pada 1984 dan Goh Chok Tong pada 1991. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan