Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Siau Ging Lock

Majikan di Sarawak boleh hubungi persatuan OKU untuk menggaji pekerja

Kredit gambar : Bernama

KUCHING, 6 Mei : Majikan di Sarawak yang ingin mengambil Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai pekerja boleh menghubungi persatuan-persatuan golongan itu yang mempunyai senarai mereka yang ingin bekerja.

Naib Pengerusi Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak (SSB) Siau Ging Lock berkata, sebagai contoh, SSB juga mempunyai pegawai penempatan pekerjaan yang bertugas khusus untuk mencari pekerjaan bagi golongan OKU penglihatan.

“Pegawai penempatan pekerjaan ini mempunyai tanggungjawab untuk sentiasa mengintai sebarang peluang pekerjaan yang ada dan yang sesuai untuk dilakukan oleh golongan OKU.

“Sebagai contoh, antara kerja yang sesuai dilakukan mereka adalah seperti kerja di hotel untuk mengemas bilik, dan di restoran juga sebagai operator telefon.

“Apabila mereka dapat kerja nanti, SSB akan terus memantau mereka untuk melihat sama ada kerja itu bersesuaian dengan mereka ataupun tidak

“Kita akan buat tindakan susulan dari semasa ke semasa,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Siau berkata, walaupun tidak mempunyai kemampuan sama seperti orang lain, golongan OKU juga mampu melakukan kerja-kerja tertentu sekiranya dilatih dengan betul.

Beliau menjelaskan, majikan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada OKU juga akan memperoleh pelbagai manfaat, antaranya diberi pelepasan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

“Mungkin perkara ini yang ramai majikan di luar sana tidak tahu, manfaat jika mengambil OKU. Mereka boleh memohon untuk pengecualian cukai dan banyak lagi,” katanya, dan menambah SSB juga menggalakkan golongan OKU untuk bekerja sendiri dan hidup berdikari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan