Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lebih 3,000 hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Dr. Annuar, serlah perpaduan

SIBU, 6 Mei: Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka yang juga merupakan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dr Annuar Rapa’ee di Dewan Baitulmal, Pusat Islam Sibu dihadiri lebih 3,000 orang dari segenap lapisan masyarakat.

Menurut Dr Annuar beliau kagum dengan kehadiran semua orang yang menyerikan majlis rumah terbuka tersebut yang memberi gambaran bahawa Sarawak adalah model terbaik dari segi perpaduan dan keharmonian.

Dalam kesempatan itu, Dr Annuar juga menyeru orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap penularan jangkitan Covid-19 meskipun orang ramai kini dibenarkan berkumpul pada Hari Raya Aidilfitri.

“Sebagai Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sibu (JPBBS), saya ingin menasihatkan orang ramai agar terus bertanggungjawab untuk menjaga diri sendiri dan orang lain serta tidak leka mengamal dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada masyarakat di Sibu yang hadir pada majlis tersebut yang menampilkan satu kelainan yang unik di mana tetamu memilih sendiri juadah raya dari gerai-gerai yang disediakan.

Suasana majlis juga diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan II, Michael Tiang Ming Tee yang juga ADUN Pelawan serta masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Jelas sekali kehadiran masyarakat pelbagai kaum dan agama pada majlis ini memberi gambaran bahawa perpaduan dan keharmonian di bandar Sibu sangat kukuh dan terjalin,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan